Langkau ke kandungan utama

Kompleks Seni Shah Alam

 Rehlah Nabawiyah 


Di Galeri Utama kompleks ini turut diadakan Pameran Rehlah Nabawiyah atau perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW yang dibuka kepada orang ramai.

Bercirikan hologram, paparan visual, lukisan tiga dimensi (3D), serta lebih 21 segmen mengenai Rasulullah SAW, ia merupakan pameran pertama di Asia Tenggara. Hampir semuanya menggunakan tenaga tempatan yang terbabit segi rekaan dan penggunaan teknologi bertujuan supaya pencinta Rasulullah SAW merasai pengalaman dan melihat sendiri suasana di zaman baginda.

Harga tiket masuk ke pameran itu serendah RM5 bagi kanak-kanak, RM15 bagi pelajar sekolah dan dewasa RM25.


Antara objektif pameran ini ialah mendekatkan ummah dengan sirah dan pusaka peninggalan Nabi SAW. Ia menjadi pembuktian keimanan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Selain itu, mendedahkan kepada masyarakat usaha dakwah yang dilakukan Rasulullah SAW dan para sahabat, mengajak masyarakat supaya mencintai ilmu dan ulama, memanfaatkan teknologi moden dan ICT sebagai medium dakwah efektif serta mengembalikan masyarakat Islam kepada identiti mereka yang sebenar. 

Pintu depan Komsi


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jom kita tinjau.. 2026

  Let's have fun and keep enjoy to visit the tourist program. Tiket Rm199 Tiket bot Rm60/ Cable skyway Rm150/ Spiritual for next year , Yok Yok An..

Anjung Bagan

 Oleh Sfiq & Nadzri   Jom Bagan Datoh. Perak Sempena Maulidur Rasul ,saya berpeluang berehat kerana tidak terlibat upacara tersebut. Saya telah meninjau sekitar Bagan Datoh di Perak kerana ada program  festival di sana. Pengenalan Bagan Datuk (ejaan lama: Bagan Datoh) ialah sebuah daerah di negeri Perak Darul Ridzuan. Daerah ini terletak di selatan negeri Perak bersempadan dengan daerah Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak di utara, daerah Muallim di timur, negeri Selangor di selatan dan Selat Melaka di barat. Selain itu, masyarakat di Bagan Datuk ini meliputi beberapa pecahan etnik seperti Jawa, Banjar dan Kampar yang terdapat di Bagan Datuk mempunyai cara hidup adat serta bahasa dialek mereka tersendiri.Melayu merupakan penduduk majoriti mewakili 52%, diikuti Cina 21%, India 18% dan lain-lain kaum 9%.  Daerah ini juga merupakan daerah dengan peratus populasi kaum india terbanyak di Malaysia. Daerah ini asalnya sebahagian daripada daerah Hilir Perak yang berpus...

Tinjau Istana Sultan

Istana Alam Shah Sultan Alauddin Sulaiman Shah ,  Sultan Selangor  ke-5. Baginda telah bersemayam di istana berkenaan selama 35 tahun sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1938. Di sini juga Sultan Selangor ke-7,  Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah  dilahirkan. Istana Darul Ehsan  yang berada di Putrajaya, Malaysia , merupakan salah satu kediaman diraja Sultan Selangor(Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj).Istana ini terletak di Presint 8, Putrajaya. Pembinaan bermula apabila Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, sejak tahun 1999.