Langkau ke kandungan utama

Gua Geosite

 Menerokai Gua Tempurung, Gopeng

Minggu lepas saya berpeluang singgah di Gopeng Perak, yang jarak 54 kilometer daripada Teluk Intan. Saya pada asalnya bertolak di Bidor untuk simggah lokasi di sana. Hujung minggu tiada perjalanan yang penting.

Keadaan sekitar luar gua agak tenang terdapat tasik air yang sesuai untuk aktiviti memancing di situ, juga terdapat gerai jualan disediakan untuk para pengunjung.






Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak, Malaysia. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.

Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.

Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua Tempurung merupakan sebuah gua yang menjadi tumpuan pelancong yang merentasi satu kilometer dari Sungai Siput sehingga Kuala Dipang, dan terdiri daripada lima siling kubah yang berbentuk tempurung.

Gua Tempurung terletak di Gopeng, sekitar 24 kilometer selatan bandar Ipoh. ia juga hanya 15 minit memandu dari Sungai Kampar yang juga merupakan tumpuan para pelancong untuk aktiviti berkayak atau berakit merentasi jeram.

View 3D panorama  3D view Gua



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Meninjau ke Kelantan

  ISTANA JAHAR Sebenarnya lawatan pertama kali ke Kota Bharu pada tahun 1996 dahulu bersama bapa ke sana, Lalu sempat singgah Kampong Sireh, Kota Bharu, Namun jarang sangat untuk melawat kawasan larangan seperti istana . Kali ini saya akan berikan info yang menarik berkaitan istana diraja Kelantan, Istana Jahar yang terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar adalah di antara istana-istana yang menarik yang terdapat di sekitar bandar Kota Bharu.  Malah Istana Jahar ini juga telah mula dibina dalam masa pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886) setelah pembukaan bandar Kota Bharu dan pembinaan Istana Balai Besar. Dibina pada tahun 1885, Istana Jahar adalah istana terdahulu yang digunakan sebagai rumah raja Bendahara Long Kundur, cucu Sultan Muhammad II. Dinamakan sempena pokok jahar yang berkembang di kawasan itu pada ketika itu, ia merupakan salah satu struktur konvensional Kota Bharu yang paling terpelihara dan indah, termasuk ukiran kayu yang sempurna dan struktur kayu ...

Tinjau Istana Sultan

Istana Alam Shah Sultan Alauddin Sulaiman Shah ,  Sultan Selangor  ke-5. Baginda telah bersemayam di istana berkenaan selama 35 tahun sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1938. Di sini juga Sultan Selangor ke-7,  Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah  dilahirkan. Istana Darul Ehsan  yang berada di Putrajaya, Malaysia , merupakan salah satu kediaman diraja Sultan Selangor(Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj).Istana ini terletak di Presint 8, Putrajaya. Pembinaan bermula apabila Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, sejak tahun 1999.

Anjung Bagan

 Oleh Sfiq & Nadzri   Jom Bagan Datoh. Perak Sempena Maulidur Rasul ,saya berpeluang berehat kerana tidak terlibat upacara tersebut. Saya telah meninjau sekitar Bagan Datoh di Perak kerana ada program  festival di sana. Pengenalan Bagan Datuk (ejaan lama: Bagan Datoh) ialah sebuah daerah di negeri Perak Darul Ridzuan. Daerah ini terletak di selatan negeri Perak bersempadan dengan daerah Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak di utara, daerah Muallim di timur, negeri Selangor di selatan dan Selat Melaka di barat. Selain itu, masyarakat di Bagan Datuk ini meliputi beberapa pecahan etnik seperti Jawa, Banjar dan Kampar yang terdapat di Bagan Datuk mempunyai cara hidup adat serta bahasa dialek mereka tersendiri.Melayu merupakan penduduk majoriti mewakili 52%, diikuti Cina 21%, India 18% dan lain-lain kaum 9%.  Daerah ini juga merupakan daerah dengan peratus populasi kaum india terbanyak di Malaysia. Daerah ini asalnya sebahagian daripada daerah Hilir Perak yang berpus...