Menerokai Gua Tempurung, Gopeng Minggu lepas saya berpeluang singgah di Gopeng Perak, yang jarak 54 kilometer daripada Teluk Intan. Saya pada asalnya bertolak di Bidor untuk simggah lokasi di sana. Hujung minggu tiada perjalanan yang penting. Keadaan sekitar luar gua agak tenang terdapat tasik air yang sesuai untuk aktiviti memancing di situ, juga terdapat gerai jualan disediakan untuk para pengunjung. Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak, Malaysia. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi. Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar. Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua Tempurung merup...