Panorama Sawah Bendang Kehijauan alam sekitar termasuk keindahan sawah bendang yang saya hampiri singgah di Sekinchan. Hembusan angin sangat bagus untuk kedamaian jiwa yang tenang daripada hiruk pikok jalanraya. imej terkini replika kapal terbang Kisah kapal terbang di Sekinchan bermula dengan penempatan sebuah pesawat Boeing 727 di tengah sawah padi di Parit 5 pada April 2022, menjadikannya sebuah "terminal" pelancongan ikonik untuk bergambar dan menikmati pemandangan. Walaupun pernah boleh diakses secara terbuka, kawasan ini telah menjadi hartanah persendirian sejak Ogos 2024 dan kini dikelilingi pagar besi, lantas mengehadkan akses orang ramai ke pesawat tersebut untuk tujuan berfoto dan riadah. Sawah Sekinchan terkenal kerana menghasilkan padi berkualiti tinggi, dengan kapasiti pengeluaran yang sangat tinggi di Malaysia, serta pemandangannya yang luas dan hijau, menjadikannya destinasi pelancongan yang popular terutamanya pada musim menanam padi dan sebelu...