Oleh Sfiq & Nadzri Jom Bagan Datoh. Perak Sempena Maulidur Rasul ,saya berpeluang berehat kerana tidak terlibat upacara tersebut. Saya telah meninjau sekitar Bagan Datoh di Perak kerana ada program festival di sana. Pengenalan Bagan Datuk (ejaan lama: Bagan Datoh) ialah sebuah daerah di negeri Perak Darul Ridzuan. Daerah ini terletak di selatan negeri Perak bersempadan dengan daerah Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak di utara, daerah Muallim di timur, negeri Selangor di selatan dan Selat Melaka di barat. Selain itu, masyarakat di Bagan Datuk ini meliputi beberapa pecahan etnik seperti Jawa, Banjar dan Kampar yang terdapat di Bagan Datuk mempunyai cara hidup adat serta bahasa dialek mereka tersendiri.Melayu merupakan penduduk majoriti mewakili 52%, diikuti Cina 21%, India 18% dan lain-lain kaum 9%. Daerah ini juga merupakan daerah dengan peratus populasi kaum india terbanyak di Malaysia. Daerah ini asalnya sebahagian daripada daerah Hilir Perak yang berpus...